Semuanya ada di KK...

Click here to edit subtitle

Tanjung Aru

Terletak di penghujung Jalan Tunku Abdul Rahman, iaitu kira-kira 6 kilometer jaraknya dari pusat bandar Kota Kinabalu. Pantainya yang bersih di samping mempunyai pelbagai jenis tempat hiburan seperti taman kanak-kanak serta tempat berkreasi untuk orang ramai menjadikannya sebagai pusat hiburan untuk orang ramai bersantai. Tambahan pula, restauran dan banyak lagi gerai makan yang ada turut menjadikan tumpuan orang ramai. Terdapat juga hotel bagi yang berminat untuk menginap di sini, bagi menikmati pemandangan waktu pagi dan senja dari pantai Tanjung Aru ini, iaitu seperti Casuarina Tanjung Aru Hotel.

Perdana Park


Perdana Park ini terletak di Jalan Melati, Kota Kinabalu. Tempat ini adalah merupakan tempat rekreasi yang terdiri daripada taman permainan kanak-kanak, tempat jogging, bersenam, dan juga terdapatnya hiburan seperti pameran air pancut yang menjadikannya tumpuan orang ramai. Perdana Park ini terletak berdekatan dengan Tanjung Aru dan juga Kota Kinabalu International Airport 2 atau lebih dikenali sebagai KKIA2.

Bukit Bendera


Bukit Bendera semestinya merupakan titik tertinggi di Kota Kinabalu. Dari puncak ini, yakni orang ramai dapat melihat pemandangan bandaraya Kota Kinabalu yang sibuk tidak kira pada waktu siang dan malam yang menghadap ke laut. 

Rumah Terbalik, Tamparuli


Rumah Terbalik yang terletak Tamparuli ini merupakan satu-satunya rumah terbalik yang terdapat di Malaysia. Keistimewaan yang terdapat di sekitar rumah ini seperti kereta, taman dan juga bilik tandas sangat menarik perhatian orang ramai. Begitu juga halnya dengan dekorasi yang terdapat di dalam rumah ini. Dikatakan terdapat sebuah kisah dongeng kenapa wujudnya rumah terbalik ini . Untuk mengetahui lebih lanjut, silalah berkunjung ke Rumah Terbalik ini. 

Pasar Filipin


Pasar Filipin ini merupakan terletak tidak jauh dari Jesselton Point dan juga Waterfront Kota Kinabalu. Pasar Filipin dikenali orang ramai sebagai pusat penjualan kraftangan yang pelbagai jenis, dan kebanyakkannya adalah seperti mutiara dengan kadar harga istimewa. Di samping itu, bersebelahan dengan dewan pusat kraftangan ini, terdapat juga pasar basah Filipin yang menjual lauk pauk yang masih mentah dan segar. Silalah berkunjung ke sini dan anda dijamin mendapat harga yang amat memuaskan. 

Jesselton Point


Tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk bersantai-santai. Selain itu, pelbagai jenis restoran serta adanya kedai menjual barangan aksesori juga menyebabkan tempat ini menjadi tumpuan. Jesselton Point juga merupakan tempat persinggahan bot-bot yang ingin menghantar pelancong dari dalam dan juga luar negara yang ingin ke pulau-pulau berdekatan seperti Pulau Sapi, Pulau Manukan dan juga Pulau Mamutik

Tanjung Lipat


Tanjung Lipat juga merupakan salah satu pusat rekreasi awam di Kota Kinabalu. Tanjung ini membolehkan anda menikmati pemandangan laut yang sangat cantik di sepanjangnya. Tempat ini amatlah sesuai untuk dijadikan sebagai tempat berekreasi seperti picnic, jogging, berbasikal, dan membuat senaman seperti Zumba. Terdapat juga disediakan pondok dan tempat untuk memanggang. 

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu


Masjid ini merupakan masjid yang terbesar di Kota Kinabalu. Seperti yang tertera pada gambar di sebelah kanan ini. masjid ini didirikan di atas air. Masjid ini berada di tengah-tengah kawasan perkampungan Likas, kompleks bangunan-bangunan pejabat komersil Likas, Yayasan Sabah, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Universiti Malaysia Sabah.

Taman Awam Teluk Likas


Taman Awam Teluk Likas juga merupakan salah satu juga tempat rekreasi di Kota Kinabalu, Namun, Teluk Likas ini mempunyai atau disediakan khas taman permainan kanak-kanak. Taman Awam Teluk Likas ini amatlah sesuai untuk bereakreasi bersama ahli keluarga dengan menikmati pemandangan laut yang sangat mendamaikan. Pinggir kawasan Teluk Likas ini adalah bersambung dengan pinggir kawasan Tanjung Lipat yang dihiasi dengan trek pejalan kaki dan ianya sangat sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti berjogging dan berbasikal.

Water World Theme Park Kota Kinabalu


Terletak di Jalan Bukit Padang Luyang di Taman Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu. Merupakan tempat permainan air yang disediakan untuk orang awam. Terdapat kolam renang yang sesuai untuk digunakan orang dewasa dan juga kanak-kanak. 

Odec Dan Muzium Hidupan Akuatik Dan Marin UMS


Odec merupakan pantai yang terdapat di Universiti Malaysia Sabah. Odec selalu dijadikan tempat rekreasi para mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Sabah.  Malah, aktiviti berkayak juga dilakukan di sekitar tebing pantai ini. Begitu juga dengan Muzium Hidupan Akuatik dan Marin yang menempatkan berbagai-bagai jenis hidupan akuatik seperti pelbagai ikan, tapak sulaiaman, kuda laut dan macam-macam lagi.