Semuanya ada di KK...

Click here to edit subtitle

Kota Kinabalu


Kota Kinabalu atau lebih dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri bagi negeri Sabah. Kota Kinabalu ini terletak di Pantai Singgah Mata, Teluk Sepanggar. Dari sudut sejarahnya, pusat pentadbiran terawal bagi negeri ini adalah berada di Kudat, iaitu pada tahun 1881. Kemudiannya, pusat pentadbiran telah dipindahkan ke Sandakan sekitar tahun 1884 sehinggalah Sandakan menjadi sebuah bandar yang utama. Namun, kemudiannya, ibu kota sekali lagi dipindahkan, iaitu bertempat di Pantai Singah Mata, di Teluk Sepanggar dan dinamakan sebagai Jesselton sempena nama Pegawai British yang bertugas iaitu Sir Chales Jessel.


                       Awalnya, ibu kota ini dipanggil "Jesse Town" yang kemudiannya dipanggil "Jesselton". Jesselton telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu pada tahun 1967. Pada awalnya, nama Kota Kinabalu dipetik sempena nama Gunung Kinabalu yang terletak di Kundasang, iaitu merupakan gunung tertinggi di Malaysia, di Asia Tenggara. Bandaraya Kota Kinabalu amatlah sesuai untuk dijadikan tempat riadah dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga. Keindahan alam semulajadi kota inilah yang menjadi tarikan pelbagai jenis pelancong sama ada dalam dan dari luar negara. Di samping terdapat pelbagai tempat yang menarik, kepelbagaian budaya di sini juga merupakan salah satu faktor tarikkan orang ramai ke ibu kota ini.